Sepertinya Anda menggunakan alat otomatisasi untuk menelusuri situs web kami. Mohon verifikasi bahwa Anda bukan robot Referensi ID 01b0f9d6-0bc5-11ee-aa9a-647a6c46416d Ini mungkin terjadi karena hal berikut Javascript dinonaktifkan atau diblokir oleh ekstensi misalnya pemblokir iklan Browser Anda tidak mendukung cookie Pastikan Javascript dan cookie diaktifkan di browser Anda dan Anda tidak memblokirnya.
OriginalCara Masak Negeri Pahang. 1 ekor ikan merah - potong nipis saya guna ikan kembung 4 biji cili merah 2 senduk tempoyak saiz sedang Sedikit serbuk kunyit 2 batang serai - ketuk 1 batang timun - jika suka 3-4 gelas air atau mengikut yang disukai Garam Secubit gula Cara cara. 4Masukkan airmasak hingga mendidihPerasakan secukup rasa Artikel Topik Pengiklanan Hubungi Ikan merah merupakan ikan yang yang hidup di air masin, biasa dikenali sebagai ikan siakap merah. Ikan merah banyak dijual di pasar segar, tapi harga boleh tahan mahal. Lagilah kalau beli di kedai, ikan merah 3 rasa, ikan merah bakar, memang terus tebuk poket. Ikan merah seekor boleh makan 2-4 orang. Masak untuk satu keluarga untuk sambut hari jadi mahupun hari istimewa lain. Boleh kenyang dari malam hingga ke pagi. Selain itu resepi masak ikan merah banyak pilihan. Paling sedap dimasak stim dan berkuah. Oleh itu, kami telahpun tuliskan 10 resepi ikan merah yang padu. Sila baca dan cubakan resepinya. Sup Ikan MerahMasak Asam Ikan MerahIkan Merah Masak CukaKari Ikan MasalaAsam Pedas Ikan MerahIkan Merah Goreng BerempahIkan Merah Masak TaucuKari Kepala Ikan Merah Tanpa SantanFish Head Noodle SoupIkan Merah Stim LimauResepi Menarik Lain Sup Ikan Merah Imej via Facebook Ikan merah sedap buat sup. Orang dalam berpantang pun ramai dicadangkan untuk makan sup ikan merah. Tidak berani sangat mencuba ikan-ikan lain sebab takut hanyir. Resepi dikongsikan oleh Ainn Mustafar di laman Facebook. Bahan-bahan Bawang merah, Bawang putih, Halia hiris boleh, tumbuk boleh sehingga peran,. 1 sudu rempah sup, Serai sebatang dititik, Akar ketumbar, Sup bunjut, Garam secukup rasa. Tomato dan batang seleri, Daun [email protected] [email protected] bawang ikut kesukaan. Asam keping atau asam limau. Cara-cara Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia hiris boleh, tumbuk boleh sehingga perang. Masukkan 1 sudu rempah sup dan tumis sekejap. Masukkan pula serai sebatang dititik, akar ketumbar, dan sup bunjut. Kemudian masukkan air. Bila sudah reneh, masukkan ikan. Bila ikan hampir masak, masukkan garam secukup rasa. Masukkan pula tomato dan batang seleri. Akhir sekali boleh taburkan daun [email protected] [email protected] bawang ikut kesukaan. Tumis pakai sesudu minyak zaitun sahaja. Kalau suka masam boleh letak asam keping atau asam limau. Masak Asam Ikan Merah Imej via Facebook Selain masak sup, ikan merah sering orang buat masak asam disebabkan isinya yang lembut dan rasa masam akan hilangkan bau hanyir dia. Makan pula jadi makin berselera. Ayuh cubakan masak ikan merah masak asam resepi oleh Azla Shakila di laman Facebook. Bahan-bahan ½ kilo ikan merah digoreng, 1 biji bawang merah tumis, 3 ulas bawang putihtumis, 1 inchi halia tumis, 6 biji cili api dibelah dua, 2 biji bawang merah potong bulat, Air perahan asam jawa, Garam secukup rasa, Perasa tambahan, Minyak masak. Cara-cara Terlebih dulu goreng ikan merah. Kemudian minyak yang diguna untuk goreng ikan merah dibuang sedikit dan terus masuk bahan tumis, bawang merah, dan halia. Setelah garing masuk air perahan asam jawa. Setelah mendidih masuk ikan yang telah digoreng, bawang dan cili tadi sekali. Kacau rata dan masuk garam, secukup rasa dan perasa tambahan. Kacau rasa bila kena dengan citarasa baru tutup api. Siap. Ikan Merah Masak Cuka Imej via Facebook Memang ramai yang suka masakan ini, tapi teragak-agak ingin masak sebabnya risau terlebih masam, terkurang masam, terlebih masin. Nampak simple tapi tidak kena pada cara memasaknya, kemungkinan kurang selera mahu memakannya. Resepi dikongsikan oleh Nurul Ateekah di laman Facebook. Bahan-bahan 1 kilo potongan ikan merah, 3-4 sudu besar cuka masakan, 10 batang cili padi merah jangan dikatok, ½ biji timun dipotong, 1 biji tomato belah 6, 1 sudu besar biji sawi, 1 biji bawang besar dipotong bulat, 3 ulas bawang putih hiris, 2 cm halia hiris, 1 batang serai dikatok, ½ sudu kecil garam, 400-500 ml air, 1 sudu serbuk perasa Knorr atau Maggi, ¼ sudu kecil serbuk kunyit, Cara-cara Ikan dicuci bersih dan direndam sebentar bersama air garam, bilaskan dan lumur bersama garam dan kunyit sebelum digoreng. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan biji sawi biarkan biji sawi meletup letup sebentar. Masukkan halia, bawang putih dan serai, masak sehingga sedikit keperangan dan naik bau. Masukkan bawang merah dan cili padi merah. Masukkan cuka dan air, serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa. Masukkan ikan, timun dan tomato. Biarkan ianya masak seketika. Kari Ikan Masala Imej via Facebook Nak cari kelainan masak kari ikan? Jika nak kelainan boleh cuba masak kari ikan masala. Makan dengan nasi panas gerenti sedap. Ada sedikit berbeza cara masak, sebab ikan perlu digoreng dahulu. Nak tahu lebih lagi macamana masak kari ini, boleh baca resepi di bawah. Tak susah pun sediakannya. Selamat mencuba by Khadijah Jaafar. Bahan-bahan 1 ekor ikan merah saiz sederhana, 1 biji bawang besar merah hiris, 1 ulas bawang putih hiris, 1 biji tomato potong dadu kecil, 2 tangkai daun kari, 1 paket rempah kari, 1 sudu besar serbuk cili, 1½ sudu kecil garam masala, ½ sudu kecil halba campuran, ½ sudu kecil serbuk kunyit, ½ cawan air asam jawa, ½ cawan santan, Garam, Pes halia bawang putih ditumbuk halus, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia. Asam Pedas Ikan Merah Imej via Facebook Asam pedas ikan merah memang paling lazat kalau dimasak bersama daun kesum, kacang bendi, dan tomato. Kalau ingin lagi pedas bubuh lada hitam. Resepi dikongsikan oleh Tie Bakawaliku di laman Facebook. Bahan-bahan Lada kering, Bawang merah, Halia kunyit basah. Kisar semuanya. Bahan bahan kisar agak agak saja. Cara-cara Tumis bahan kisar sampai pecah minyak, masukkan air dan air asam jawa. Tunggu sampai mendidih baru masuk ikan,garam, cukup rasa,daun kesum, kacang bendi dan tomato biji. Ikan Merah Goreng Berempah Imej via Facebook Kalau ikan merah yang besar, bila dibuat goreng makan panas-panas, memang rasa juicy dan berlemak dekat bahagian-bahagian tulang tepi, dapat pula bahagian ekor lembut isinya memang sedap sampai sum-sum tulang ikan pon boleh dimakan. Rasa yang sedap dengan rempah dan manis isinya. Resepi oleh Nurul Ateekah di laman Facebook. Bahan-bahan 5-6 keping ikan merah besar, 1 sudu besar serbuk kari, 1 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk kunyit, 1 sudu kecil biji ketumbar dihancur kasar, 1 sudu kecil serbuk lada hitam, 1 sudu kecil garam rata, 1 sudu kecil serbuk Knorr, 1 sudu kecil bawang putih, Sedikit pewarna [email protected] jika mahu, 1 sudu kecil halia, 2 batang daun kari, Cara-cara Didalam bekas, masukkan ikan dan masukkan semua bahan, gaul sebati dan perapkan paling kurang 30 minit. Panaskan minyak, masukkan ikan, goreng sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan. Ikan Merah Masak Taucu Imej via Facebook Ikan merah masak taucu pula lain pesona dia. Apatah lagi wangi bau dia yang buat kecur air liur. Guna sebungkus kecil saja taucunya. Letak cili padi sedikit bagi pedas. Dapat makan dengan nasi putih panas memang mendapat lah makan. Resepi dikongsikan oleh Ariff Budiman Zainal Abidin di laman Facebook. Bahan-bahan Seekor ikan merah, lumur kunyit dan garam. Goreng dan asingkan dulu. 1 biji bawang holand hiris bulat, 1 inci halia potong panjang, 3 ulas bawang putih potong nipis, Tumis bahan 3, 4 dan 5 hingga layu, Cili hijau dipotong 4, 2 biji cili padi diketuk. Masukkan ke dalam bahan yang ditumis. Masukkan sebungkus kecil taucu dan kacau. Masukkan satu cawan air. Masukkan 1 sudu kecil biji sawi. Masukkan gula, garam dan perasa. Masukkan sedikit asam jawa. Masukkan ikan merah dan gaul-gaulkan. Tutup api. Kari Kepala Ikan Merah Tanpa Santan Imej via Facebook Memang puas dapat makan satu kepala ikan lemak-lemak manis. Rempah-remah kari pula sudah bagi rasa pekat maka masak kari tanpa santan pun tiada masalah malah lebih kurangkan lemak santan. Resepi oleh Nor Khomariah Norrohman di laman Facebook. Bahan-bahan Kepala ikan merah bersihkan dengan air asam jawa, 2 biji bawang besar dihiris, 2 ulas bawang putih dihiris, 1 inci halia dihiris, 2 tangkai daun kari, 3 sudu makan serbuk kari ikan dibancuh dengan sedikit air jadikan pes, Garam dan sedikit gula, 1 sudu besar halba campur, Semangkuk kecil air asam jawa, Terung bulat potong 4, Tomato belah 4, Cili padi, Bendi, Minyak untuk menumis. Cara-cara Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur sehingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi sehingga garing atau pecah minyak. Masukkan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan terung, biar terung lembut. Seterusnya masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kepekatan kuah bergantung pada anda, kalau ingin cair tambahkan air. Bila sudah mendidih masukkan ikan. Jangan kacau. Apabila ikan sudah hampir masak masukkan bendi dan tomato. Setelah masak, angkat dan hidangkan. Fish Head Noodle Soup Imej via Facebook Fish Head Noodle Soup ini keunikannya adalah kerana menggunakan kepala ikan, selalunya ikan merah atau jenahak. Kepala ikan akan digoreng terlebih dahulu. Bagi sup pula menggunakan susu, rasa pelik bukan? Sup susu? Tapi percayalah dengan ramuan yg betul, anda akan terkesima dengan keenakkannya. Kalau ingin rasa boleh buat sendir, selamat mencuba. Resepi oleh Nor Fardzilah Talib di laman Facebook. Bahan Mee ½ 1 paket bihun. Gunakan meehoon yang tidak senang hancur atau lembut bila direndam. Selalunya saya gunakan jenama Jasmine. Rendam meehoon dalam air sejuk selama setengah jam. Bahan Sup Kepala ikan dipotong ikut saiz. Basuh, dilumur dengan garam dan 1 sudu besar tepung jagung. Biarkan seketika. Lobak jeruk 1 bungkus. Halia 2 inci. Minyak masak 1 mangkuk untuk menggoreng ikan. Susu sejat ½ atau 1 cawan bergantung kepada kuantiti masakan. Stok ayam jika gunakan serbuk 1 sudu besar, jika gunakan stok cecair, setengah cawan. Air 1 mangkuk. Tomato 2 biji belah 4, buang bijinya. Bahan Hiasan Daun bawang, Lada sulah, Minyak bijan, Sayur sawi/kobis. Cara-cara Celurkan mee hoon dalam air panas, jika sudah lembut angkat dan tos, ketepikan. Panaskan 1 mangkuk minyak untuk menggoreng dalam kuali, tinggalkan 1 sudu makan untuk masak sup. Pastikan kuali dan minyak cukup panas sebelum masukkan ikan. Goreng ikan hingga kuning dan agak garing. Kalau boleh biarkan ikan tenggelam dalam minyak. Bila sudah garing dan kuning, angkat dan toskan. Panaskan periuk dengan 1 sudu makan minyak masak tadi, hiriskan halia keping-keping. Bila sudah panas, masukkan halia, goreng sampai naik bau dan berwarna agak keemasan. Masukkan tomato, bila sedikit layu, masukkan air 1 mangkuk. Bila air mendidih, masukkan lobak jeruk, dalam 5 min, angkat lobak jeruk dari dalam sup dan ketepikan. Ambil sawi atau kobis celurkan dalam sup dan angkat. Biar setengah masak. Bila sup mendidih masukkan stok ayam serbuk atau cecair. Kacau sebati dan rasa. Jika kurang rasa tambah apa yang perlu ikut citarasa. Sup akan ada rasa campuran masin dan masam sedikit. Bila rasa sudah sesuai, masukkan ikan yang digoreng tadi ke dalam sup dan biarkan dalam 2-3 minit, angkat kepala ikan dan asingkan. Kecilkan api sedikit baru masukkan susu. Semasa masukkan susu pastikan sentiasa kacau dalam 2-3 minit dan tutupkan api. Cara hidang Letakkan meehoon dalam mangkuk, sayur yang dicelur, kepala ikan, sayur jeruk tadi dihiris nipis dan diletakkan dalam mangkuk. Tuangkan sup, hiaskan dengan daun bawang, lada sulah dan sedikit minyak bijan. Siap untuk dinikmati. Selamat mencuba Ikan Merah Stim Limau Imej via Facebook Ikan kukus curah kuah stim limau. Sedap sangat sampai tidak pandang langsung kanan kiri. Paling sedap kalau dapat hirup kuah stim limau itu. Rasa masam-masamnya membangkitkan selera makan. Resepi dikongsikan oleh Syakila Thulus di laman Facebook. Bahan-bahan Ikan yang sudah dicuci bersih dan dikelar badannya, kemudian lumur dengan sedikit garam. Hiris halia dan tabur serata. Batang serai diketuk dan masukkan dalam badan ikan. Kukus selama 20 minit atau hingga ikan masak. Bahan kuah stim limau Lime juice, Sos ikan, Kiub ayam, Bawang putih, Cili padi hijau/merah, Daun ketumbar, Tomato ceri, Gula merah, Cincang, hiris atau potong. Cara Kuah Stim Limau Tumis bawang putih, cili padi dengan sedikit minyak hingga garing. Masukkan sos ikan dalam 2-3 sudu besar dan kiub pati ayam. Masukkan 3 sudu besar jus limau sukatan ikut citarasa kemasaman anda dan semangkuk kecil air. Masukkan gula merah secukup rasa untuk seimbangkan masam dengan manis. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato ceri. Kacau-kacau, bila mendidih boleh tutup. Keluarkan ikan dari pengukus dan pindahkan ke pinggan hidang. Curahkan kuah stim limau tadi ke atas ikan. Resepi Menarik Lain Menarik bukan resepinya? Selain resepi ikan merah, kami juga menulis resepi lain yang tidak kalah menarik. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya. Resepi Ibu Berpantang Resepi Nyok Nyok Resepi Ikan Kembung Penulis Rahayu Z Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Tinggalkan Komen! Langgan Info Kami Berkaitan . BAHANA: *1 ekor ikan saiz sederhana-ikan bawal/ikan merah/ikan kerapu @ apa2 lah yg kawn2 suka *1 sudu besar tepung kanji(utk menyalut ikan) *3 sudu tepung gandum(utk menyalut ikan 3/16/2016 Assalamualaikum semua. Semasa buka blog ni tadi, ada nampak iklan yang menari nari dalam ni tak? Hihihi baru install mobile ads dalam blog Azie Kitchen, barulah tinggi sikit statistik dalam Nuffnang. Saya tak pernah charge pun pada sesiapa yang nak ambil resepi, dan rasanya tidak mungkin berlaku. Tetapi jika ramai ramai klik iklan yang dipaparkan, duit massyyuuk pun lebih dan dapatlah disumbangkan lebih juga. Jom sama sama berikan sokongan kepada blog Azie Kitchen. Entah kenapa kebelakangan kemaruk ikan merah. Terutama sejak makan ikan merah yang dimasak asam pedas di Melaka. Sebelumnya saya selalu membeli ikan jenahak. Jarang jarang sekali membeli ikan merah. Rasa sedap pulak isi ikan merah yang kembut. Hari ini beli lagi sekor ikan merah dan dipotong menjadi 5-6 keping. Sangat sedap lauk ini tapi rasanya ia dah terkurang bahan diguna berbanding dengan ikan. Sebenarnya sejak kecil, kami hanya makan ikan yang direbus terlebih dahulu sebelum dimasak lemak atau pun ikan yang dilumur garam kunyit dan perap seketika sebelum digoreng. Jadi rasa ikan yang segar manis tidak lah suatu kebiasaan. Walaupun saya cuba menikmati keenakan rasa isi ikan segar tapi tekak saya lebih berselera dengan masakan menggunakan ikan yang digoreng terlebih dahulu. Saya sangat simple, ikan yang dilumur garam kunyit dan digoreng garing pun sudah memadai untuk memikat selera saya. Jom layan resepi yang sangat mudah dan sedap ini. Jom sediakan untuk keluarga anda hari ini juga... Oleh Azie Kitchen Bahan-bahan 5 keping ikan merah - lumur garam kunyit dan goreng 1 batang serai - dititik Air secukupnya Garam dan gula secukup rasa. 1 biji bawang besar - dihiris Bahan tumbuk 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1/2 inci halia 15 biji cili padi Cara caraIkan dilumur garam kunyit dan digoreng. Angkat dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan tumbuk sehingga masak. Masukkan sedikit air. Masukkan asam keping, gula dan garam. Masukkan ikan dan bawang besar. Kacau seketika. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.Memangtidak pernah jemu untuk dinikmati Resepi ikan merah masak 3 rasa Dengan rasa yang masam-masam manis Sumpah licin pinggan semua sampai bertambah-tambah nasi. Dapatkan resepi penuh di sini Resepi ikan merah masak 3 rasa Jadi aku usahakan juga untuk buat walaupun sebelum ni tak pernah buat.
Sepertinya Anda menggunakan alat otomatisasi untuk menelusuri situs web kami. Mohon verifikasi bahwa Anda bukan robot Referensi ID 0205aa9a-0bc5-11ee-9c06-6d7778596c49 Ini mungkin terjadi karena hal berikut Javascript dinonaktifkan atau diblokir oleh ekstensi misalnya pemblokir iklan Browser Anda tidak mendukung cookie Pastikan Javascript dan cookie diaktifkan di browser Anda dan Anda tidak memblokirnya. Koreksi rasa dan sajikan. 12. Kepala ikan masak tauco. foto: Instagram/@purnama_deww. Bahan: - 3 kepala ikan goreng - 1 buah tahu potong kotak, goreng - 1 buah tomat, iris - 3 siung bawang putih, iris - 3 siung bawang merah,iris - 1 ruas jahe, iris - 1 buah cabai besar, iris - 2 sdm tauco - 1/2 sdt gula pasir - Air secukupnya . Cara membuat:
Ikan merah sangat biasa digunakan dalam hidangan seperti kari, asam pedas dan banyak lagi. Dengan warnanya yang menarik, ia menjadikan hidangan anda lebih berwarna berbanding ikan yang lain. Ikan merah terdiri dari beberapa spesies yang berkongsi habitat yang sama. Ia adalah dari keluarga Lutjanie atau snapper family di mana menjadi buruan oleh kebanyakan nelayan kerana faktor harga dan permintaan tinggi. Malah, ia juga berkhasiat dan sangat baik untuk melancarkan proses pencernaan badan. Dalam artikel ini, kami telah kumpulkan 6 resepi ikan merah versi sihat yang anda boleh cuba di rumah selepas ini! Kari, satu hidangan kegemaran bagi semua masyarakat walaupun boleh diolah dalam versi tersendiri. Jika anda perasan, kari di negara kita adalah berbeza dengan di Jepun, di India dan negara-negara lain tapi ia masih mempunyai asas yang sama, iaitu penggunaan rempah ratusnya. Jom lihat resepi kari ikan merah seperti di bawah yang tidak menggunakan santan sebagai salah satu bahannya. Bahan-bahan 1 ekor ikan merah 1 biji bawang merah dihiris halus 1 biji bawang putih dihiris halus 1 inci halia dihiris halus 1 sudu teh halba 1 sudu besar serbuk kari ikan 1 tangkai daun kari 1 sudu air asam jawa 2 sudu minyak kelapa 2 sudu teh garam garam bukit Sedikit air Cara penyediaan Tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan halba sehinggga naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan sedikit air. Masak hingga pecah minyak. Masukkan ikan merah dan air lagi. Masak sehingga mendidih. Masukkan air asam jawa dan garam serta kacau dengan sebati. Biarkan ia masak seketika hingga ikan masak. Tutup api dan hidangan kari versi sihat anda siap dihidangkan! Resepi ikan merah kukus Hidangan kukus pastinya adalah cara baik untuk makan makanan secara sihat kerana ia tidak menggunakan minyak yang mengandungi banyak kalori. Jadi, jom lihat cara penyediaan ikan merah kukus seperti di bawah. Bahan-bahan 1 ekor ikan merah 1 biji bawang besar dicincang 1 inci halia dihiris halus 2 batang serai dihiris nipis 5 biji cili api dihiris nipis 5 ulas bawang putih dicincang 7 biji limau kasturi/ 4 biji limau nipis Garam secukupnya garam bukit Sedikit daun bawang sebagai hiasan 1 biji tomato dipotong bulat sebagai hiasan Daun salad sebagai hiasan Cara penyediaan Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan seketika. Lumurkan ikan sekali lagi dengan bahan-bahan yang dihiris dan dicincang bawang besar, bawang putih, halia serai dan cili api ke seluruh ikan. Perah limau nipis/ kasturi dan ratakan ke seluruh ikan. Sediakan periuk kukus berisi air mendidih. Paikkan periuk pengkus dan pinggan bagi mengelakkan air ikan terjatuh ke dalam air pengukus. letakkan ikan dalam bekas pengukus dan kukus selama 15 hingga 20 minit. Setelah masak, angkat segera ikan dan hidangkan dalam pinggan. Tuang kuah yang terhasil bersama ikan. Jangan biar ikan dalam periuk kukus terlalu lama kerana ini akan menyebabkan ikan terlebih masak dan isi menjadi kering. Taburkan bahan hiasan untuk menjadikan ia lebih menarik. Hidangan ikan merah stim anda siap dihidangkan! Resepi ikan merah 3 rasa Resepi ini sebenarnya boleh digunakan bagi ikan-ikan lain juga seperti ikan siakap, ikan bawal atau ikan yang bersesuaian tapi kali ini, jom sediakan ikan merah 3 rasa pula. Jom lihat cara penyediaannya seperti di bawah. Bahan-bahan 5 ulas bawang putih ditumbuk 3 ulas bawang merah ditumbuk 2 inci halia dimayang halus 6 biji cili padi dihiris nipis Sedikit garam garam bukit dan gula 1/2 cawan air Sedikit minyak gunakan minyak sihat seperti minyak kelapa, minyak zaitun dan sebagainya Bahan sos 3 sudu sos cili 3 sudu sos tomato 2 sudu sos tiram Cara penyediaan Lumurkan garam dan sedikit kunyit pada ikan merah kemudian bakar dalam ketuhar atau air fryer anda dengan suhu yang bersesuaian sehingga masak. Keluarkan ikan dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dengan suhu sederhana seketika. Masukkan cili padi hiris dan goreng hingga sedikit layu. Masukkan bahan lain seperti bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk. Tumis hingga kekuningan dan agak garing. Masukkan bahan sos dan tambahkan air. Kacau hingga kuah masak kemudian masukkan garam dan gula. Sekiranya anda hendak kuah yang sedikit pekat, kacau sedikit tepung jagung yang dibancuh bersama air dan tuangkan dalam kuah. Kacau seketika dan tutup api. Tuang kuah di atas ikan dan hidangan anda siap dihidangkan! Resepi ikan merah sambal petai Siapa yang suka makan sambal petai tu angkat tangan? Apa kata kali ini cuba ubah hidangan sambal petai biasa yang selalunya menggunakan udang sebagai bahan utama kepada ikan merah pula? Jom kita lihat cara penyediaannya yang mudah di bawah. Bahan-bahan 2 keping ikan merah 1 biji bawang besar dikisar 4 ulas bawang putih dikisar 5 sudu cili kering dikisar Sedikit garam garam bukit Sedikit lakanto pengganti gula 1/2 cawan air asam jawa 1 mangkuk kecil petai dikopek dan dibersihkan 2 biji kentang dibelah empat dan digoreng Cara penyediaan Lumur serbuk kunyit dan sedikit garam pada ikan dengan rata. Masak ikan menggunakan ketuhar atau air fryer pada suhu yang sesuai. Setelah masak, keluarkan ikan dan biarkan ke tepi seketika. Kisar bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih dan cili kering. Panaskan minyak dalam kualiti dan tumiskan bahan yang telah dikisar itu tadi. Masak sehingga cili kelihatan garing dan masukkan sedikit air jika ia terlihat kering. Masukkan pula air asam jawa dan petai. Kemudian, perasakan dengan garam dan lakanto pengganti gula. Masukkan ikan yang telah dimasak tadi dan masukkan kentang yang digoreng dahulu. Kacau hingga sebati dan kesemuanya masak dengan baik. Hidangkan lauk ikan merah anda dan makan dengan nasi ketika panas. Resepi sup ikan merah Menghirup kuah sup panas-panas terutama ketika tidak sihat atau cuaca sejuk pastinya sangat melegakan dan menghangatkan badan. Jadi, selain makan sup ayam yang biasa tu, apa kata kali ini anda cuba pula sup ikan merah? Jom lihat cara penyediaannya di bawah. Bahan-bahan 4 keping isi ikan merah 3 biji tomato dibelah empat 1 biji lima nipis perah jusnya Sedikit daun sup dihiris halus Garam garam bukit secukup rasa Air secukupnya Sedikit minyak gunakan minyak sihat seperti minyak sayuran, minyak kelapa dan sebagainya Bahan tumis 1 bungkus sup bunjut ikan 2 biji bawang merah dimayang halus 1 biji bawang besar dimayang halus 3 ulas bawang putih dimayang halus cm halia dimayang halus cm lengkuas dimayang halus 3 biji lada hitam ditumbuk Cara penyediaan Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumiskan semua jenis bawang, halia, lengkuas, lada hitam dan sup bunjut. Kacau hingga wangi dan masukkan air secukupnya. Masukkan ikan dan biarkan ia masak seketika. Tambahkan jus limau nipis. Tambahkan pula buah tomato dan perasakan dengan garam. Tutup api apabila tomato sudah masak dan kelihat lembut. Hidangkan sup anda dan taburkan daun sup yang telah dihiris sebagai hiasan. Hidangan sup ikan merah anda siap dihidangkan dan dinikmati ketika panas! Resepi singgang ikan merah Ikan singgang adalah seperti sup kerana ikan ini mempunyai kuahnya dan dimasak dengan kaedah merebus berbanding cara gorengan biasa. Ia biasanya terkenal dalam kalangan masyarakat di Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan. Jika anda mahu cuba resepi baharu di rumah dengan cara masakan sebegini, jom lihat cara penyediaan singgang ikan merah seperti di bawah. Bahan-bahan 1 ekor ikan merah 2 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci kunyit hidup 1 inci lengkuas 1 batang serai 2-3 keping asam keping 1 tangkai akar ketumbar pilihan Garam garam bukit secukup rasa Sedikit air Cara penyediaan Potong bawang merah menjadi 6 bahagian. Bawang putih dan lengkuas pula dihiris manakala serai dititik dan halia dan kunyit diracik halus. Basuh ikan dengan bersih dan gaul dengan garam bukit. Masukkan semua bahan termasuk air ke dalam periuk. Sukatan air hanyalah separuh daripada saiz ikan air ikan akan keluar. Hidupkan api dan tutup periuk kemudian masak selama 7-10 minit. Apabila kuah kelihatan sudah menggelegak dan ikan terlihat sudah masak, tutup air. Hidangkan ikan anda bersama kuah dan taburkan sedikit daun ketumbar sebagai hiasan. Hidangan singgang ikan merah anda siap dihidangkan! JADI, Jika anda berkelapangan atau mencari idea baru ketika memasak, apa kata cuba resepi-resepi ikan merah ini? Ia bukan sahaja enak, tapi anda juga boleh cuba resepi sama pada ikan-ikan lain juga kerana kebanyakannya menggunakan bahan asas yang sama sahaja. Kredit Gambar diambil daripada sumber Kenwood Blender Motor 400W sesuai untuk kegunaan harian dengan fungsi 2 kelajuan dan pulse bagi mengikut kesesuaian. Pengisar Kenwood juga sesuai untuk mengisar kacang dan rempah. Mempunyai unit pisau keluli tahan karat yang boleh ditanggalkan bagi memudahkan pembersihan dan hasil yang baik. Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil yang baik namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar. Mortar And Pestle Set Batu lesung yang Ideal untuk menumbuk rempah, perasa, bawang putih, herba dan lain-lain. Saiz yang padat menjadikannya mudah alih dan beratnya yang ringan namun dapat tahan dengan lama, Letakkan ramuan, rempah, atau barang kering lain ke dalam mangkuk dan tahan dengan satu tangan dan satu lagi memegang alat penumbuk. Dengan menekan alat penumbuk ke dalam mortar, dan menggerakkannya ke belakang dan sebagainya, anda boleh mengisar dan menggabungkan herba atau barangan lain. Ini adalah alat yang sesuai untuk digunakan jika anda menggunakan herba kering yang mungkin terdapat dalam kepingan besar. Ia juga berfungsi dengan baik dengan herba segar , kerana gerakan penggilingan alfa akan membantu mengeluarkan minyak pati dari daun. SUMBER
AzieKitchen Ikan Kerapu Stim Ala Thai Resep Masakan Asia Resep Seafood Resep Ikan Azie Kitchen Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap Spicy Recipes Malay Food Seafood Recipes Ikan Kerapu Sunu Masak Kicap Share. No comments for "ikan kerapu masak merah" Post a Comment. Popular contoh kad jemputan hari graduasi Menurut orang ramai memang adat
Kebiasaannya kalau pergi ke restoran Thailand, pasti akan memesan menu ikan siakap 3 rasa. Kerangupan ikan dan kelembutan isi yang digoreng, disadur pula bersama kuah pelbagai rasa pasti membangkitkan selera. Cuma tak semua orang tahu cara masak ala thai. Jadi, jika anda ingin mencuba resepi mudah ini di rumah, kami sediakan resepi ikan siakap 3 rasa seperti di bawah. Jom kita try! 1. Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai Pasti Licin Bahan-bahan 1 ekor ikan siakap 2 sb minyak – untuk menumis Garam secukupnya Tepung jagung 2 sb Lada sulah Serbuk kunyit Garam Bahan cincang halus 1 biji bawang besar di potong dadu 3 ulas bawang putih di cincang 3 cm halia muda hiris Bahan Hiasan 1 biji cili benggala/lada besar dipotong dadu Nenas dipotong dadu/perahan limau nipis 1sb Bahan Dihiris Halus 3 helai daun limau purut Daun bawang untuk hiasan Bahan-Bahan Sos 3 sb cili kisar 2 sb sos tomato 3 sb sos cili 2 sb sos ikan 2 sb gula pasir 1 sb sos tiram Garam 3 sb sos cili thai Bahan Hiasan 1 biji cili benggala dipotong dadu/ lada merah besar Nenas dipotong / perahan limau nipis 1 sb Cara-cara buat Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai Lumur ikan dengan garam kunyit, lada sulah, tepung jagung dan digoreng garing Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain serta garam dan gula Masukkan bahan-bahan hiasan 5. Masukkan bahan hirisan halus 6. Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. 7. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas-panas Sumber Norhamidah Abdul Hamid dari Masak Apa Harini Bahan-bahan Ikan siakap Bahan Sos Sos ikan 3 sb Sos cili 3 sb Kicap lemak manis mengikut citarasa Sos tiram 3-4 sb Kiub ayam 1/2 atau 1 ketul 1 sk serbuk lime/perahan limau nipis Bahan Tumisan dicincang halus/kasar Halia Cili padi hijau Cili merah besar Bunga kantan Nenas sedang-sedang masak Bawang kecil 5 ulas Bawang putih 5 ulas Daun limau Sedikit cili kisar Bahan hiasan Tomato bawang besar daun bawang Cara-cara buat Ikan Siakap 3 Rasa Simple Goreng ikan hingga garing Tumis bawang merah, halia, cili Melaka, cili merah, bunga kantan, bawang putih hingga naik bau Masukkan nenas dan cili kisar Masukkan bahan sos tadi. Jika agak kering, masukkan sedikit air tau Perasakan dengan gula dan garam Kacau sebati dan tuang kuah atas ikan digoreng tadi Sumber Suzy Dujie dari Masak Apa Harini 3. Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Thailand Bahan-bahan Bahan goreng ikan Ikan tepong jagung garam kunyit goreng Bahan sos Sos tiram sos tomato sos cili thai Bahan ditumbuk cili merah bawang merah bawang putih tumbuk Bahan dipotong dadu Bawang holland tomato cili padi timun nenas potong dadu Cara-cara buat Ikan Siakap 3 Rasa Thailand Goreng ikan Tumis bahan-bahan yang ditumbuk Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili thai Tambah sedikit air Masuk semua bahan-bahan di potong dadu Tambah gula, garam, serbuk cukup rasa Curah atas ikan yang sudah siap digoreng Sumber Mazidah Ab Majid dari Masak Apa Harini Akhir kata Tidak sampai 10 minit pun, rasa boleh siap resepi ringkas ikan siakap 3 rasa ini. Bahan-bahan juga mudah di dapati dan rasa lebih puas jika masaknya sendiri. Sesuai sebagai alternatif siakap stim. Untuk resepi ikan-ikan yang lain, boleh cuba resepi ikan bakar, ikan masak singgang dan juga ikan merah. Selamat mencuba!
IKANMERAH 3 RASA. Bahannya: 1 ekor ikan merah yang telah dibersihkan. sedikit serbuk kunyit. sedikit garam ** lumurkan ikan dgn bahan tersebut, goreng hingga masak. 3 sb lada kisar. 1 batang serai (dihiris) 2biji bawang putih (dicincang halus) sedikit halia (dicincang halus) 6 tangkai cili padi (dihiris)
Sedikit pesanan dari petikan Tazkirah Zohor oleh Ustaz Nushi di mana kalau kita merebut kekayaan pastikan ia tidak menjadi penyebab yang kita jauh dari Allah. Sebaliknya jadikan kekayaan itu, mendekatkan kita dengan Allah. Contoh, dengan kekayaan yang dimiliki, kita memperbanyakkan bersedekah, berwakaf dsb. Kata Nabi Muhammad SAW, sesunguhnya dunia ini adalah seperti sesuatu yang manis. Benda benda manis memang kita perlukan tapi tak boleh berlebihan. Jika berlebihan akan memudarat dan mendatangkan pelbagai penyakit. Begitulah perumpamaannya, dunia diperlukan tapi tak boleh berlebihan. Matlamat hidup kita adalah akhirat. Ingatkan yang umur kita tak panjang. Kita pasti akan mati. Entah kenapa kebelakangan ini, semangat saya seperti merudum jatuh. Perasaan saya sangat berjauh hati dengan seseorang. Bila saya berdukacita, lagi saya akan habiskan masa dengan mendengar kuliah ustaz ustaz seperti Ustaz Jafri, Ustaz Wadi Anuar di youtube, juga saya akan membaca buku sebagai persiapan menghadapi bulan Ramadhan. Saya cuba mengamalkan sebanyaknya apa yang dipelajari terutama zikir zikir mudah kerana setiap lafaz zikir akan memberikan pahala yang besar pada timbangan mizan. Ustaz berpesan supaya mengamalkannya supaya kita tidak menjadi orang yang menyesal. Kerana tiada kematian lagi selepas hari kiamat. Samada kita kekal di syurga atau kekal di neraka. Jadi setiap hari kita haruslah berdoa sebanyak 3 kali agar diberikan syurga tanpa hisab, nescaya syurga akan berdoa agar kita diberikan syurga. Kita juga berdoa supaya diberi perlindungan dari neraka sebanyak 3 kali, supaya neraka berdoa kepada Allah agar kita dijauhkan dari neraka. Itulah sedikit perkongsian dari saya dan semoga ianya bermanafaat buat kita semua. Kalau ikutkan hari ini, saya memang tiada plan untuk memasak tetapi Nana menghantar mesej WhatsApp menanyakan kalau mahu memasak untuk makan malam. Kalau hendak memasak, dia menyuruh saya singgah di kedai runcit membeli daging untuk dibuat sup dan ikan selar kuning untuk digoreng. Ikan jenis kecil di kedai runcit semua nampak tak segar. Yang nampak segar hanyalah ikan siakap. Jadi saya beli seekor dengan harga Bila ikan siakap, terfikir di hati tak kan lah nak goreng garam kunyit jer. Kalau ikut Nana, dia hendak goreng sahaja. Jadi bila saya buat keputusan untuk memasak Ikan Siakap 3 Rasa, terpaksa lah saya sendiri yang memasaknya. Hmm hajat hati nak berehat sebelum solat Maghrib terpaksa dilupakan. Saya pun mula lah menengok resepi mana yang hendak digunakan. Samada mengikut entri saya sebelum ini di SINI dan SINI atau memasak Ikan Sweet Sour di SINI. Tetapi bila dilihat di blog Sajian Dapur Bonda di SINI, nampak macam lebih ringkas dan mudah. Cuma hiris hiris dan tumis jer. Jadi saya pun terus salin resepi. Banyak bahan yang tak dimasukkan kerana tiada stok. Jadi saya masak main letak jer ikut apa yang ada di dapur. Tapi serious sangat sedap Ikan Masak 3 Rasa ini, lebih lebih lagi saya menggunakan ikan siakap yang sangat segar. Seronok melihat Hubby meratah kepala dan ekor ikan. Manakala Alain pula meratah bahagian perut ikan. Kiranya seekor ikan ini, sesuai untuk hidangan kami seramai 6 orang. Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Sangat berbaloi memasaknya sendiri. Maklum kalau ikan seperti yang saya masak hari ini, harganya pasti tidak kurang dari RM70-80 jika dimakan di restoran atau kedai makan. Sangat menjimatkan jika dimasak sendiri lebih lebih lagi kalau ramai anak anak di rumah. Jadi tunggu apa lagi? Selamat mencuba semua.... Ikan Siakap Masak 3 Rasa Untuk Ikan 1 ekor ikan siakap - kelar dan lumur garam kunyit Tepung jagung - dilumur pada ikan Minyak - untuk menggoreng ikan Bahan Menumis 4 ulas bawang putih - ketuk 6 tangkai cili padi - dipotong kecil 1 inci halia - dihiris halus 1 batang serai - ketuk Bahan Sos 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos ikan - tak letak Sedikit minyak bijan - opsyenal Bahan bahan Lain 1 biji bawang besar - dipotong dadu 1 biji tomato - dipotong dadu 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu - opsyenal Kiub nenas dalam tin - opsyenal 3-4 helai daun limau purut - buang tulang Daun sup/daun bawang - untuk hiasan Minyak untuk menumis Garam secukup rasa Gula secukup rasa Ajino-moto secukup rasa Cara cara Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan. Saya tidak goreng terendam kerana nak jimat minyak. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai. Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan 3 sudu jus nanas di dalam tin serta daun limau purut. Kacau sebentar. Akhir sekali, dimasukkan bahan bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang dipotong dadu, nenas dan cili benggala. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam, gula dan ajinomoto secukup rasa. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.....